Sabtu, 18 April 2015

Catatan Umrah Di Madinah

Catatan Umrah 16 hingga 27 Jun 2014


Perasaan gembira jelas terpancar pada wajah putera puteriku


Assalammualaikum....alhamdulillah...syukur pada Allah SWT kerana masih diberi kesempatan dan peluang untuk menyambung semula ceritaku tentang catatan perjalanan umrahku yang terindah pada 16 Jun 2014.   

Tepat jam 3.30 petang , pesawat Mas MH150 berlepas dari KLIA ke Jeddah.  Aku dan anak-anak memang cukup teruja dan berasa tidak sabar untuk segera sampai ke Tanah Suci.   Syukur padamu ya Allah.  


Puteri kedua Nur Karimah Balqis

Putera bongsu ....Luqmannul Hakim Danial 

Antara menu yang kami pilih untuk makan dalam pesawat

Kami selamat sampai di Jeddah dalam pukul 6.45 petang waktu Arab Saudi. Berkali-kali aku memanjatkan kesyukuran pada Allah.  Aku rasa kelainan menyelubungi jiwaku.  Aku bagai mahu menitiskan airmata kerana impianku untuk ke Tanah Suci telah terlaksana.  Syukur padamu ya Allah.Alhamdulillah,  ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah,  ada seorang jemaah yang sangat rajin membantu aku dan ayah mengangkat barang-barang kami.  Syukur alhamdulillah,  dia sentiasa ringan tulang membantu kami.  Aku juga sangat senang dengan sikap ramahnya.  Pada perkiraanku,  usianya mungkin dalam lingkungan akhir 40 an atau  awal 50 an.  Dia memperkenalkan dirinya Encik Abdul Razak,  dari Johor Bahru.  Dia hanya menunaikan umrah seorang diri tanpa isteri.  

Lebih kurang jam 9 malam ,  segala proses  imigresen  dan bagasi di Lapangan Terbang Jeddah, selesai.  Alhamdulillah.  Kami pun menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak Tabung Haji Travel.  Bas yang aku , ayah dan anak-anak naiki adalah bas bernombor 1. Sekali lagi Encik Abdul Razak membantu kami mengangangkat barang-barang.  Allah, baik sungguh hatinya.  Rupa-rupanya kami menaiki  bas yang sama. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Madinah.

Di pertengahan jalan,  kami singgah di satu kawasan RnR, untuk menunaikan solat jamak  ta'khir, maghrib dan isyak.  Kami juga diberikan bekalan makanan, air dan buah limau untuk mengalas perut.  Tak terasa pun keletihan,  malah hati semakin tidak sabar untuk segera sampai ke Madinah.

Alhamdulillah,  kami selamat sampai di Madinah sekitar jam 3 pagi.  Rombongan kami dibawa ke dewan  Anwar Al Madinah Moevenpick, dan diberi penerangan oleh wakil TH Travel di Madinah.  Setelah kunci bilik diserahkan,  aku dan anak-anak segera menuju ke bilik kami.  Rupa-rupanya , perancangan Allah itu lebih indah.  Ornag yang sering membantu kami di Lapangan Terbang Jeddah iaitu Encik Abdul Razak, adalah rakan sebilik ayah.  

Setelah selesai semuanya,  aku dan anak-anak bersama ayah dan Encik Abdul Razak bersiap untuk menuju ke Masjid Nabawi.   Ya Allah,  aku  hampir menitiskan airmata gembira saat melihat Masjid Nabawi. Sungguh indah. Masjid Nabawi atau Masjid Nabi ialah sebuah masjid yang didirikan atas dasar takwa.Masjid ini adalah masjid yang mulia di sisi Islam. Ya Allah...tidak dapat kugambarkan perasaanku yang cukup terpesona dan terpukau dengan keindahan senibinanya yang indah.





Antara pemandangan yang menarik di Masjid Nabawi

Aku cukup terpesona dengan tiang-tiang masjid Nabawi yang tiap satunya disaluti dengan marbel putih. Tiap pangkal tiangnya pula,  disediakan sistem penyamanan udara.  Candelier yang tergantung juga cukup mempesonakan.  Ia menerangi masjid dan menjadikannya antara seni bina Islam yang indah.  Ciri istimewa yang terdapat di Masjid Nabawi adalah bahagian siling yang dibiarkan terbuka, untuk menyegarkan pengudaraan.
Payung besar yang terdapat dalam perkarangan Masjid Nabawi ini digunakan untuk melindungi jemaah daripada pancaran matahari pada waktu panas terik.





Usai solat subuh di Masjid Nabawi,  kami segera mempersiapkan diri dan terus bersarapan.  Ustaz dari TH Travel meminta semua jemaah berkumpul pada jam 7 pagi untuk ziarah dalam, Jemaah wanita dibimbing oleh seorang mutawif wanita.  Hmmm....lupa aku siapa nama ustazah yang cantik jelita itu.  Ustazah itu memang tinggal di Madinah dan berketurunan Indonesia.  Manakala,  jemaah lelaki dibimbing oleh ustaz Abdullah.  Ustaz Abdullah juga berketurunan Indonesia tetapi menetap di Mekah.Bertuah sungguh mereka kerana dapat menetap di Tanah Suci. Tempat yang kami kunjungi pagi itu adalah menziarahi makam Rasulullah SAW dan raudhah. Raudhah adalah ruang di antara mimbar dan bilik Rasulullah SAW.  Ruang ini sangat istimewa kerana ia adalah taman daripada taman-taman syurga.  Bagi jemaah wanita,  ada waktu-waktu yang tertentu untuk membolehkan jemaah wanita masuk ke dalam raudhah.  Waktunya adalah selepas jam 9 pagi, selepas solat zohor dan selepas solat isyak.  Alhamdulillah,  atas bimbingan ustazah, jemaah wanita dari kumpulan kami dapat masuk dan menunaikan solat sunat di dalam raudhah. Aku menitiskan airmata kesyukuran.  Aku memegang erat tangan  puteriku.  Ya Allah....sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala nikmat yang kau berikan padaku.



Kami berada di Madinah selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah,  sepanjang 3 hari 2 malam ini,  aku dapat mengunjungi raudhah sebanyak 4 kali.  Kali pertama bersama jemaah umrah TH Travel,,kali kedua aku pergi sendirian,  kali ketiga bersama puteriku, Balqis dan kali keempat,  malam terakhir aku berada di Madinah, adalah bersama sahabat-sahabatku yang baru kukenali di sana.  Ohh....sungguh....aku sukar untuk melupakan tiap kenangan itu.  Pengalaman terindah sewaktu aku berebut-rebut untuk masuk ke raudhah, menunaikan solat sunat bersama puteriku , Balqis.  Dalam waktu yang penuh sesak dan berhimpit-himpit itu,  ada seorang jemaah dari Turki bersama anaknya secara tiba-tiba membantu mengawasi aku dan puteriku semasa kami menunaikan solat sunat di dalam raudhah.  Ya Allah,,,terima kasih atas pertolonganmu yang memudahkan semua urusanku.  Aku juga turut membantu jemaah dari Turki itu.  Indahnya.Selain itu,  waktu aku pergi sendirian,  sekali lagi Allah membantu aku.  Sewaktu menunggu giliran untuk masuk ke raudhah,  ketika itu adalah selepas solat zohor,  aku duduk dalam kumpulan jemaah dari Indonesia.  Bersebelahan aku,  seorang wanita yang kukira  usianya dalam lingkungan  20 an.  Cantik.  Memang cantik.  Aku ingat dia berasal dari Indonesia.  Rupa-rupanya,  dia berasal dari Kuala Lumpur.  Namanya Melissa. Dialah yang memimpin tanganku,  dan bersamanya,  aku dapat menunaikan solat sunat berkali-kali di dalam raudhah.  Ya Allah....besarnya nikmatmu. Syukur alhamdulillah.  Dan Melissa hingga ke saat ini terus menjadi sahabatku.  Seorang jurutera yang sangat cantik.
Di bawah ini kutitipkan lagi foto-foto kenangan sepanjang berada di Madinah.











 

Selain ziarah dalam,  kami juga melakukan ziarah di luar Madinah iaitu pada hari kedua,  kami dibawa melawat Masjid Quba',  masjid Qiblatain,  Jabal Uhud dan Makam Penghulu Syuhada', medan peperangan Khandaq dan pasar kurma.
Hari Khamis,  19 Jun, kami melakukan ziarah selamat tinggal. Aku menangis sayu saat melakukan ziarah selamat tinggal atau ziarah wada'.  Di dalam hati,  aku berdoa agar Allah menjemputku lagi sebagai tetamunya pada masa-masa yang akan datang.



Aku akan terus merindui Madinah sebagimana rinduku yang mekar harum mewangi terhadap Batullah...rindu yang lahir dari hati yang ikhlas dan diri yang kerdil ini.

Ahad, 7 Disember 2014

rinduku pada baitullah.....sesaatpun sukar kulupa...

assalammualaikum....dan slmt pagi....aku nak sambung semula catatanku tentang kenangan yg paling manis dan takkan dpt kulupakan seumur hidupku....aku menulis bukan krn riak...tetapi...ingin berkongsi pengalaman dengan semua....setiap orang yg pernah ke tanah suci...hati pasti sentiasa ditarik2 utk ke sana lg....mcm magnet....tiap saat...pasti smua kenangan sepjg berada di madinah dan mekah akan terus melekat dan terbayang di ruangan mata...sukar nak lupa....

sebenarnya ...aku dah lama menyimpan angan-angan dan berhasrat nak menunaikan umrah bersama suami tercinta dunia akhiratku....dan anak2 tersayang...namun...aku tahu...nak ke tanah suci...belanjanya besar...dan bagi aku yg hidup serba sederhana ini...namun...syukur alhamdulillah....masih tetap diberi nikmat rezeki dari Allah s.w.t.mestilah menabung sedikit demi sedikit utk merealisasikan impianku ini....

slps suami tercinta dunia akhiratku menunaikan umrah bersama arwah ibunya dulu...seingat aku masa tu tahun 2003....aku dah mula simpan impian...namun...mase tu...impian tak berapa kuat lagi... hinggalah tahun 2008....waktu mak dan ayah pulang dari menunaikan haji...cerita2 mak ttg madinah dan mekah...dan semua pengalaman mak....membuatkan hati aku tertarik....lantas aku membuat keputusan drastik utk terus mendaftar utk menunaikan haji kat tabung haji....aku daftar sekali dgn suami dan anak2 aku yg tiga org tu....dan giliran  tahun aku menunaikan haji...adalah pd tahun 2019 nanti...insyaallah...

sikit sikit aku terus kumpul duit....dan aku terus buat potongan tiap bulan dlm akaun tabung haji....hinggalah tahun 2012....aku diuji Allah...dgn penyakit....aku disahkan mendapat kanser tiriod...dan pd 12.12.12...aku menjalani pembedahan membuang kedua2 belah tiriodku....syukur alhamdulillah...dan aku redha dgn ujian Allah ini....dan ketika inilah...aku teringat kembali impian murni aku yg mahu ke tanah suci menunaikan umrah....aku mula menyuarakan impian dan hasrat murni pd suami...seawal tahun 2013....namun...ketika itu suamiku sibuk dan banyak kerja katanya....dan aku terus bersabar....dalam hati sentiasa berdoa...agar Allah perkenankan niat dan hasratku yg terlalu ingin ke tanah suci....hati terlalu meronta2 hendak ke sana....

syukur alhamdulillah...di sebalik ujian yg Allah beri pd aku....ada kemanisan yg tersangat manis...lbh manis dari gula dan madu...apabila impianku menjadi kenyataan...disebabkan suami terus menerus sibuk...dia izinkan aku menunaikan umrah bersama anak2...dan ditemani ayah sbg mahramku....syukur alhamdulillah.....

sbg langkah pertama...suami temankan aku pergi ke tabung haji pada awal januari 2014....suami mencadangkan agar aku memilih tabung haji travel utk menunaikan umrah....sekali lg aku diuji apabila semua pakej yg ditawarkan ...habis ditempah ...hingga bln jun...ohhhh...hampanya....namun ....insyaallah...kalau ade rezeki...pasti tak ke mana...aku dikhabarkan dgn berita gembira apabila pakej TOPAZ...masih ada kekosongan...cukup utk aku 5 beranak...aku...3 org anak...dan ayah...senyumlah aku sampai ke telinga....namun harga pakej ni mahal sikit berbanding pakej yg ingin kutempah pd awalnya....pakej ni harganya RM7390....4 sebilik...maknanya....aku ...3 org anak...sebilik...ayah..bilik yg lain...aku membilang2 wang simpanan...insyaallah ...mencukupi...tanpa fikir pjg...aku terus setuju...sbb hati mmg nak sangat...nak sesangat pegi ke sana....

seronok sgt bila dah booking tarikh mase tu...dan tidak lama lps tu...aku terus bayar deposit...dan dijangka berlepas ke tanah suci pd 7 jun 2014...sikit2 aku mula buat persiapan utk ke sana...aku mula beli buku2 ttg ibadah umrah...baca blog2...ttg catatan umrah....byk minta ayah mak...suami...saudara mara dan sahabat2 yg pernah ke sana share pengalaman dgn aku....ttg kota madinah dan mekah...alhamdulillah...byk tips yg aku dpt....hatiku semakin tak sabar utk segera ke sana...utk segera menjadi tetamu Allah.....

namun...pd 23 mei 2014...hari terakhir persekolahan sblm cuti penggal kedua bermula...aku dikejutkan dgn satu berita....apabila aku menerima panggilan telefon dpd Pn Yati...dari TH Travel KL...panggilan telefon yg buat hatiku hancur bagai kaca terhempas ke batu...pecah berderai2...bila visa ku tak lepas dari kerajaan Arab Saudi...maknanya...umrahku dibatalkan....Ya Allah...hanya Allah saja yg tahu...betapa hancur dan sedihnya aku masa tu....

balik rumah...aku pandang dgn penuh sayu...beg2 besar  yg dah tersedia utk diisi dgn baju2 dan brg2 yg nk dibawa....hancur impianku....sedih sgt....menangis aku...namun aku redha...ini adalah dugaan Allah...namun aku tak putus2 berdoa...mudah2an..kerajaan Arab Saudi buka semula permohonan visa .....

akhirnya...pd 30 Mei...aku dpt lg panggilan telefon dari Pn Yati TH Travel Kl...yg mana kali ni...beritanya sgt gembira ...kerajaan Arab Saudi dah buka semula permohonan visa umrah...dan Pn Yati tanya....adakah aku nak teruskan juga mohon visa umrah walaupun mungkin tarikh penerbangan nati jatuh pd hari persekolahan ...bukan lg cuti sekolah...aku terus setuju...dan walau apapun terjadi...aku tetap juga nak ke sana walaupun perlu ambil cuti tanpa gaji....aku sanggup...

syukur alhamdulillah...akhirnya pd 16 Jun 2014....hari isnin yg sgt indah...aku memulakan perjalanan umrahku yg paling indah...yg takkan kulupa seumur hidupku.....16 jun 2014....aku anak2 dan ditemani ayah tersayang terbang ke Jeddah...dgn menaiki pesawat MH150...insyaallah..nti kusambung lg catatan indah perjalanan umrahku....


Rinduku pada Baitullah...catatan umrah yang paling manis dalam hidupku

Hari ini dalam sejarah....tanggal 8 Disember 2014....aku mula belajar buat blog....dan menulis blog...hehe...orang lain sudai menggapai bintang ...aku baru hendak mendaki bukit...mcm tu la ibaratnya ....tapi tak mengapa....belajar sikit-sikit...insyaallah...nanti pandai jugak....terus-terang...jujurnya...aku mmg tak pandai buat blog...dan menulis blog...selama ini...aku baca aje blog yang ku gugel....seronok...dlm hati berbunga-bunga nak cuba buat blog....tp tak reti2 jugak....jadi...akhirnya pagi ni...kucuba lagi...hmmmm...tengok sajer la nanti hasilnya...utk pertama kali ni...aku ingin menulis pengalaman terindah ...yg paling manis...yg takkan kulupa seumur hidupku...pengalaman menunaikan umrah bersama putera puteri comelku dan ayahnda tercinta....