Catatan Umrah Di Madinah
Catatan Umrah 16 hingga 27 Jun 2014
Perasaan gembira jelas terpancar pada wajah putera puteriku
Assalammualaikum....alhamdulillah...syukur pada Allah SWT kerana masih diberi kesempatan dan peluang untuk menyambung semula ceritaku tentang catatan perjalanan umrahku yang terindah pada 16 Jun 2014.
Tepat jam 3.30 petang , pesawat Mas MH150 berlepas dari KLIA ke Jeddah. Aku dan anak-anak memang cukup teruja dan berasa tidak sabar untuk segera sampai ke Tanah Suci. Syukur padamu ya Allah.
Puteri kedua Nur Karimah Balqis
Putera bongsu ....Luqmannul Hakim Danial
Antara menu yang kami pilih untuk makan dalam pesawat
Kami selamat sampai di Jeddah dalam pukul 6.45 petang waktu Arab Saudi. Berkali-kali aku memanjatkan kesyukuran pada Allah. Aku rasa kelainan menyelubungi jiwaku. Aku bagai mahu menitiskan airmata kerana impianku untuk ke Tanah Suci telah terlaksana. Syukur padamu ya Allah.Alhamdulillah, ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, ada seorang jemaah yang sangat rajin membantu aku dan ayah mengangkat barang-barang kami. Syukur alhamdulillah, dia sentiasa ringan tulang membantu kami. Aku juga sangat senang dengan sikap ramahnya. Pada perkiraanku, usianya mungkin dalam lingkungan akhir 40 an atau awal 50 an. Dia memperkenalkan dirinya Encik Abdul Razak, dari Johor Bahru. Dia hanya menunaikan umrah seorang diri tanpa isteri.
Lebih kurang jam 9 malam , segala proses imigresen dan bagasi di Lapangan Terbang Jeddah, selesai. Alhamdulillah. Kami pun menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak Tabung Haji Travel. Bas yang aku , ayah dan anak-anak naiki adalah bas bernombor 1. Sekali lagi Encik Abdul Razak membantu kami mengangangkat barang-barang. Allah, baik sungguh hatinya. Rupa-rupanya kami menaiki bas yang sama. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Madinah.
Di pertengahan jalan, kami singgah di satu kawasan RnR, untuk menunaikan solat jamak ta'khir, maghrib dan isyak. Kami juga diberikan bekalan makanan, air dan buah limau untuk mengalas perut. Tak terasa pun keletihan, malah hati semakin tidak sabar untuk segera sampai ke Madinah.
Alhamdulillah, kami selamat sampai di Madinah sekitar jam 3 pagi. Rombongan kami dibawa ke dewan Anwar Al Madinah Moevenpick, dan diberi penerangan oleh wakil TH Travel di Madinah. Setelah kunci bilik diserahkan, aku dan anak-anak segera menuju ke bilik kami. Rupa-rupanya , perancangan Allah itu lebih indah. Ornag yang sering membantu kami di Lapangan Terbang Jeddah iaitu Encik Abdul Razak, adalah rakan sebilik ayah.
Setelah selesai semuanya, aku dan anak-anak bersama ayah dan Encik Abdul Razak bersiap untuk menuju ke Masjid Nabawi. Ya Allah, aku hampir menitiskan airmata gembira saat melihat Masjid Nabawi. Sungguh indah. Masjid Nabawi atau Masjid Nabi ialah sebuah masjid yang didirikan atas dasar takwa.Masjid ini adalah masjid yang mulia di sisi Islam. Ya Allah...tidak dapat kugambarkan perasaanku yang cukup terpesona dan terpukau dengan keindahan senibinanya yang indah.
Antara pemandangan yang menarik di Masjid Nabawi
Aku cukup terpesona dengan tiang-tiang masjid Nabawi yang tiap satunya disaluti dengan marbel putih. Tiap pangkal tiangnya pula, disediakan sistem penyamanan udara. Candelier yang tergantung juga cukup mempesonakan. Ia menerangi masjid dan menjadikannya antara seni bina Islam yang indah. Ciri istimewa yang terdapat di Masjid Nabawi adalah bahagian siling yang dibiarkan terbuka, untuk menyegarkan pengudaraan.
Payung besar yang terdapat dalam perkarangan Masjid Nabawi ini digunakan untuk melindungi jemaah daripada pancaran matahari pada waktu panas terik.
Payung besar yang terdapat dalam perkarangan Masjid Nabawi ini digunakan untuk melindungi jemaah daripada pancaran matahari pada waktu panas terik.
Usai solat subuh di Masjid Nabawi, kami segera mempersiapkan diri dan terus bersarapan. Ustaz dari TH Travel meminta semua jemaah berkumpul pada jam 7 pagi untuk ziarah dalam, Jemaah wanita dibimbing oleh seorang mutawif wanita. Hmmm....lupa aku siapa nama ustazah yang cantik jelita itu. Ustazah itu memang tinggal di Madinah dan berketurunan Indonesia. Manakala, jemaah lelaki dibimbing oleh ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah juga berketurunan Indonesia tetapi menetap di Mekah.Bertuah sungguh mereka kerana dapat menetap di Tanah Suci. Tempat yang kami kunjungi pagi itu adalah menziarahi makam Rasulullah SAW dan raudhah. Raudhah adalah ruang di antara mimbar dan bilik Rasulullah SAW. Ruang ini sangat istimewa kerana ia adalah taman daripada taman-taman syurga. Bagi jemaah wanita, ada waktu-waktu yang tertentu untuk membolehkan jemaah wanita masuk ke dalam raudhah. Waktunya adalah selepas jam 9 pagi, selepas solat zohor dan selepas solat isyak. Alhamdulillah, atas bimbingan ustazah, jemaah wanita dari kumpulan kami dapat masuk dan menunaikan solat sunat di dalam raudhah. Aku menitiskan airmata kesyukuran. Aku memegang erat tangan puteriku. Ya Allah....sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala nikmat yang kau berikan padaku.
Kami berada di Madinah selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah, sepanjang 3 hari 2 malam ini, aku dapat mengunjungi raudhah sebanyak 4 kali. Kali pertama bersama jemaah umrah TH Travel,,kali kedua aku pergi sendirian, kali ketiga bersama puteriku, Balqis dan kali keempat, malam terakhir aku berada di Madinah, adalah bersama sahabat-sahabatku yang baru kukenali di sana. Ohh....sungguh....aku sukar untuk melupakan tiap kenangan itu. Pengalaman terindah sewaktu aku berebut-rebut untuk masuk ke raudhah, menunaikan solat sunat bersama puteriku , Balqis. Dalam waktu yang penuh sesak dan berhimpit-himpit itu, ada seorang jemaah dari Turki bersama anaknya secara tiba-tiba membantu mengawasi aku dan puteriku semasa kami menunaikan solat sunat di dalam raudhah. Ya Allah,,,terima kasih atas pertolonganmu yang memudahkan semua urusanku. Aku juga turut membantu jemaah dari Turki itu. Indahnya.Selain itu, waktu aku pergi sendirian, sekali lagi Allah membantu aku. Sewaktu menunggu giliran untuk masuk ke raudhah, ketika itu adalah selepas solat zohor, aku duduk dalam kumpulan jemaah dari Indonesia. Bersebelahan aku, seorang wanita yang kukira usianya dalam lingkungan 20 an. Cantik. Memang cantik. Aku ingat dia berasal dari Indonesia. Rupa-rupanya, dia berasal dari Kuala Lumpur. Namanya Melissa. Dialah yang memimpin tanganku, dan bersamanya, aku dapat menunaikan solat sunat berkali-kali di dalam raudhah. Ya Allah....besarnya nikmatmu. Syukur alhamdulillah. Dan Melissa hingga ke saat ini terus menjadi sahabatku. Seorang jurutera yang sangat cantik.
Di bawah ini kutitipkan lagi foto-foto kenangan sepanjang berada di Madinah.

Selain ziarah dalam, kami juga melakukan ziarah di luar Madinah iaitu pada hari kedua, kami dibawa melawat Masjid Quba', masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan Makam Penghulu Syuhada', medan peperangan Khandaq dan pasar kurma.
Hari Khamis, 19 Jun, kami melakukan ziarah selamat tinggal. Aku menangis sayu saat melakukan ziarah selamat tinggal atau ziarah wada'. Di dalam hati, aku berdoa agar Allah menjemputku lagi sebagai tetamunya pada masa-masa yang akan datang.
Aku akan terus merindui Madinah sebagimana rinduku yang mekar harum mewangi terhadap Batullah...rindu yang lahir dari hati yang ikhlas dan diri yang kerdil ini.
2 Ulasan:
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama